Saturday, 22 December 2012

KERTAS KERJA KEM ANAKKU MASA DEPAN DI TANGANMU IV, FASA 2 , 2012


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK
BANDAR SRI PERMAISURI, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
KEM ANAKKU MASA DEPAN DI TANGANMU IV, FASA 2 , 2012


1.0      PENGENALAN

Ahli Jawatankuasa Badan Disiplin dengan kerjasama Jawatan Kuasa Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Seri Tasik , Kuala Lumpur  telah bercadang untuk mengadakan satu Program Pembentukkan Sahsiah Diri. di mana ianya disertai oleh golongan murid – murid yang disasarkan berhadapan dengan masalah disiplin di sekolah. Masalah ini akan bermula apabila murid – murid tidak dapat menguasai bidang akademik dan disiplin diri mereka dengan baik. Justeru itu, mereka akan cuba mencari jalan keluar yang mudah dengan melanggar undang – undang yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah supaya mereka juga boleh dikenali di kalangan rakan – rakan yang lain.

2.0   RASIONAL

Setiap sekolah mengimpikan sifar salah laku di sekolah, di samping murid yang mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya murid – murid ini dapat dipupuk dengan sikap dan contoh yang baik. Jika masalah disiplin di setiap sekolah dapat dikurangkan , pihak sekolah sudah semestinya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang kurikulum dan kokurikulum .




3.0   MATLAMAT

Melahirkan murid –murid yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati diri  yang tinggi bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui betapa pentingnya disiplin diri untuk masa depan masing – masing.

4.0   OBJEKTIF
1.      Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri orang lain.
2.      Memberi peluang kepada murid – murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.
3.      Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.
4.      Memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan hidup.
5.      Memotivasikan diri para peserta supaya belajar dengan lebih teratur dan menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.

5.0   BUTIRAN PROGRAM

TARIKH                          :           3 dan 12  November 2012  ( Sabtu dan Isnin )
TEMPOH                       :           2 hari
TEMPAT                        :           SK Seri Tasik, Kuala Lumpur
                                                   Rumah Besar Keluarga Norlina Alwi
RTM Kuala Lumpur
                                                    Dan Kid Zania, Kuala Lumpur
  
6.0     KUMPULAN SASARAN

40 orang murid yang terlibat dengan Kes Disiplin

7.0         PENGISIAN PROGRAM

·         Ceramah daripada Jabatan Penjara
·         Lawatan Ke Rumah Kanak-kanakTengku Budriah
·         Lawatan Ke RTM
·         Lawatan Ke Kidzania

Aturcara Program
02 November 2012 ( Jumaat )
MASA
AGENDA
8.30 -9.30 pagi
- Ceramah Daripada Jabatan Penjara

9.30-12.00 tghari
- Pameran daripada Jabatan Penjara


3 November 2012
Sabtu
9.00 pagi



Berkumpul di sekolah
Lawatan ke Rumah Rumah Besar Norlina Alwi
 Aktiviti :  Khidmat sosial / Gotong royong
               : Bermesra dan bermain ( aktiviti sosial
                 kanak – kanak ).
4.00 petang                        Bertolak pulang




            3 November 2012 ( Sabtu )
MASA
AGENDA
8.00 Pagi
- Berkumpul di dataran sekolah
- Pendaftaran Peserta
- sarapan pagi

8.45 - 9.00 pagi
- Bertolak ke RTM, Kuala Lumpur

9.15 pg – 1.45 ptg
1. Menerima Taklimat dari Pegawai   
    Perhubungan RTM.
2. Menonton Siaran Rakaman
3. Melawat Sekitar Kawasan RTM
4. Melawat Konti Rodio
5. Aktiviti
6. Makan Tengahari / Solat Zohor

02.00 – 03.00 ptg
- Bertolak ke Kids Zania, Kuala Lumpur

03.15- 9.15  ptg.
- Aktiviti di Kids Zania
1.   Taklimat oleh Peramugari yang bertugas
2.   Melakukan aktiviti pekerjaan yang ada di
      dalam Kids Zania dan menerima Gaji
3.   Makan Malam
9.30 – 10.00 mlm
Bertolak pulang ke SK Seri Tasik, Kuala Lumpur



8.0      PERBELANJAAN MENGURUS KEWANGAN

Bil
Jenis Perbelanjaan
Jumlah
1.
Pengangkutan ( Bas )
RM 400 X 2 hari

        RM    800.00

2.
Bayaran Penceramah
RM 120.00 X 2 jam

        RM    240.00
3.

Bayaran Kidzania
RM 50X 40 orang
Subsidi RM 25 , Bayaran Murid RM 25 )
       

        RM  2000.00
4.
Makan dan Minum
RM 5 X 40 orang X 2 hari

        RM   400.00
5.
Sumbangan dan Aktivitidi Rumah Kanak Kanak Tengku Budriyah
        RM    430.00

Jumlah Keseluruhan

        RM 3 870.00


ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber kewangan :
 
            Wang Sahsiah KoKurikulum                              RM 2 870.00
            Bayaran Murid ( RM 25 X 40 orang )              RM 1 000.00
           
Jumlah                                                                      RM 3 870.00















                         JAWATAN KUASA PENGELOLA INDUK
PROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI

Penasihat
: Tn. Hj. Misman b. Mostam
  ( Guru Besar , SKST KL )

Pengerusi
: En. Suhaimi bin Abd. Halim
  ( GPK Hal Ehwal Murid, SKST KL )

Naib Pengerusi

: Pn. Normila binti Musa
  ( GPK Tadbir dan Kurikulum, SKST KL)
   En. Razali bin Muda
  ( GPK Kokurikulum SKST KL)
   En. Rozaidi bin Ismail
  ( GPK  Petang)

Setiausaha
: Pn. Suhaila binti Hj. Omar
  ( Setiausaha Induk Badan Disiplin Sekolah, SKST KL ) 
Naib Setiausaha


Bendahari
: Pn. Adijah bt Mat Nawi
   ( Naib Setiausaha Badan Disiplin Sekolah, SKST KL )

:  Pn. Sirohmaini @ Suhaila bt Sidek










JAWATAN KUASA KECIL

( Ceramah & pameran daripada Jabatan Penjara )

Jemputan Penceramah  : Pn. Norhaslinda bt Bahruddin

Juruacara                            : Pn. Rohaniza bt Mamat

Fotografi                               : En. Mohd Syahrizan b Zakaria

Jamuan Penceramah                :     YM Raja Zanariah bt  Raja Hussein

Cenderahati Penceramah         :     Pn. Norhaslinda bt Bahruddin

P.A Sistem                                        :     En. Norazman b Ariffin
                                                                  En. Khairul Anuar b Kamaruden



( Lawatan )


Pengangkutan                             :    En.  Mohd Yatim b Abdullah  

Pendaftaran                                 :    Pn. Rhohenzee bt Long Chek
                                     
Dokumentasi                                :    Pn. Suhaila bt Omar

Keselamatan                                :     Pn. Suhaila bt Omar
                                                           Pn. Norhaslinda bt Bahruddin.
                                                           Pn. Adijah bt Mat Nawi
                                                                 En. Khairuddin b Ruslee
                                      
           


9.0    Penutup

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan program kali ini  agar tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah .Semoga dengan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan akan memberi kesan serta kesedaran terhadap diri murid-murid dalam erti kata mengahrgai diri sendiri demi keluarga, agama, bangsa dan negara.






Disediakan Oleh :       .......................................
                                          ( SUHAILA BT OMAR )
                                          Setiausaha Induk Badan Disiplin,
                                          SKST, Kuala Lumpur , 2012                       





Disemak Oleh   :           ..........................................
                                          ( SUHAIMI B ABDUL HALIM )
                                          GPK Hal Ehwal Murid ,
                                          SKST , Kuala Lumpur




Disahkan Oleh             :           .............................................
                                          ( HJ MISMAN B MOSTAM )
                                          Guru Besar,
                                          SKST , Kuala Lumpur

No comments: